Monday 4 April 2016

WOWW PESTA KEJURUTERAAN DAN SAINS KUALA LUMPUR (KLSEF) !

KLESF  tu apa? MIGHT tu apa kah benda? 

Okey sebelum ceq karang panjang lebaq meh ceq explain sikit apa tu KLESF dan MIGHT.



KLESF ialah Kuala Lumpur Engineering Science Fair di mana diadakan pelbagai program dan aktiviti bermanfaat dan menarik supaya dapat memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. KLESF ni kerjasama di antara: 

1. ASEAN - Academy of Engineering and Technology (AAET), 
2. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), 
3. Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), dan
4. The Institution of Engineers Malaysia (IEM).

logo

Manakala MIGHT  pula ialah Malaysian Industry Government Group for High Technology. 
Peranan utama MIGHT adalah: -

1. Membangunkan industri berteknologi tinggi untuk Malaysia.
2. Sebagai platform utama untuk membina hubungan atau kerjasama pelbagai pihak.
3. Memupuk industri berteknologi tinggi melalui program intervensi.

Hurmmm ramai masyarakat kita yang tak tau kan benda alah ni. Terutamanya ibubapa! Hehe ceq pun tak tau gak mula-mula. Tapi bila dapat jemputan  oleh MIGHT ke KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak pada hari Sabtu yang lepas baru lah ceq paham dan terbuka mata habaq hang! Benkel mini ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif di bawah KLESF.

Kalau nak tau story tentang MIGHT ke KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak tu hampa boleh terus klik kat link.
14 Buah sekolah yang terlibat dan 800 orang pelajar yang mengambil bahagian


Okey ni benda yang ceq tak sabaq nak share dengan hampa semua. Apa yang ceq dapat sepanjang ceq kat KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Ya Allah syukur sangat-sangat dapat rezeki join workshop ni sebab macam-macam ilmu ceq dapat. Tapi sayang masa tak cukup ceq and the gang tak sempat nak explore habis.  

Berikut antara ilmu-ilmu baru yang ceq dapat kat sini :

1. Mayonis mengandungi 98% minyak


So lepas ni jagalah pemakanan. Walaupun mayonis sedap dimakan begitu sahaja hampa kenalah beringat kandungan mayonis tidak berkhasiat malah boleh mengundang penyakit.


Sebanyak 100 ml minyak digunakan untuk menghasilkan mayonis
Bahan lain pula ialah 2 biji telur (kuning sahaja),
1 sudu cuka dan gula/garam secukup rasa.

Antara pelajar yang melakukan eksperimen cara menghasilkan 'Mayonis'.
Lihatlah banyak tu je mayonis yang dapat dihasilkan daripada 100ml minyak huhuhu.

2. 3D printer


Pertama kali ceq tengok printer yang canggih giler nih! Mula-mula kita draw kat komputer dalam bentuk yang kita nak pastu terus print. Bukan keluaq gambaq hampa tau dak? Tapi keluaq teruih benda yang kita lukis tadi perghhhh. Tahniah kepada para pelajar Universiti Teknologi Mara yang mencipta 3D printer.


3D Printer 

Inilah hasil 3D Printer.
Ianya mengambil masih  paling cepat 30 minit dan beberapa jam bergantung kepada bentuk yang dihasilkan.

3. Flight simulator

Dengaq nama pun rasa bukan main canggih benda ni kan. Yesss memang benda ni canggih sebab kita boleh belajar bawa kapal terbang tanpa kapal terbang yang sebenar tapi dapat feel macam betul-betul fly fly fly huhuhu. Ceq teringin nak try bawa tapi ramai sangat orang duk beratur tunggu turn. Sebab tu ambik gambaq sekeping ja. Takdak rezeki.

Flight Simulator.
Selalu kita tengok kat kedai game ada untuk kereta atau motor  race je kan.

4. DIY Bubble Solution

Hampa tau dak bubble belon yang kita duk main kat Tasik Titiwangsa tu semangkuk bayar RM5. tau dak modal nak wat  bubble solution tu tak sampai 50 sen pun. Kat bengkel ni ceq dapat belajaq macam mana nak hasilkan bubble yang tak mudah pecah dan banyak.


Bahan yang digunakan ialah cecair  GUM dan juga cecair pencuci GLO dan sedikit air.
Hampa boleh wat sendiri then main sampai puas.

Nampak dak tu bukan main seronok budak-budak sekolah ni main belon hasil bubble solution yang dihasilkan sendiri.

Kreatif & Inovatif
Alat nak main bubble pun depa buat sendiri.

Itu sahaja yang ceq dapat share pengalaman dan ilmu yang ceq dapat sepanjang  KLESF Mobile Workshop di SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak pada hari Sabtu lepas. Bengkel Mini ni memang sangat best dan amat menerujakan.

Tapi hampa semua jangan risau sebab lepas ni ada KLESF 2016 yang bakal berlansung pada 4 hingga 6 November 2016 di MIECC. Memang rugi la kalau ibubapa tak bawa anak-anak mai sini. Ya la hampa nak ajaq tak reti kan macam ceq ni. So baik bawa mai join KLSEF 2016 dapat jugak sesuatu yang bermanfaat untuk anak-anak.

Ramai ibu bapa macam ceq ni tak tahu kewujudan KLSEF yang berlangsung pada setiap tahun. Kat sini bukan anak-anak sahaja yang dapat menambah ilmu tapi ibu bapa pun secara tak langsung dapat bersama-sama anak memahami ilmu STEM ni. 


Please SAVE the date!
Nak tau apa aktiviti yang berlansung kat KLESF 2016 hampa boleh klik link ni untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Ceq pulak yang rasa tak sabaq nak pi hehehe. Lepas ni setiap tahun ceq wajib join!

Usaha MIGHT dan beberapa pihak lain dalam menjayakan KLESF Mobile Workshop ini haruslah dipuji kerana dengan bengkel ini para pelajar akan mula timbul rasa minat dan cenderung untuk mengetahui lebih mendalam tentang STEM dengan cara lebih dekat.

Rata-rata pelajar yang hadir memang tak lepaskan peluang explore semua aktiviti yang ada. Syabas diucapkan! Satu usaha yang murni dalam memartabatkan dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi melalui KLESF.

Alhamdullilah itu sahaja perkongsian ceq. Semoga hampa semua dapat sesuatu yang bermanfaat dan share lah info ni kepada ibubapa lain tau. Sharing is caring kannnn.

Bersama kakitangan MIGHT yang mesra dan peramah.
Haniza dan Farah ahli geng KBBA9 pun turut serta dalam event ni.

NETWORKING OR NETWORTHING?



Apakah niat kita sebenarnya apabila kita berkawan dengan orang yang berjaya?
Networking? Senang nak minta tolong? Tumpang glamer? Takde niat? Hang takyah bohong la mesti ada niat walaupun niat kerana Allah Taala. Betui dak?

Tapi mentor ceq pesan nak berjaya berkawanlah dengan orang yang berjaya. Nak jadi jutawan kawan dengan jutawan. Salahkah kita nak pilih kawan? Tapi kenapa ada orang cakap kita nak ambik kesempatan atas kejayaan dia? Sebab cara kita tak kena.

Nak tau tips bernetworking?
Mentor ceq cakap sebelum kita menerima kita mesti dulu mulakan memberi. Macam sedeqah lah. Nak kaya kena start bersedeqah.

Sama jugak dalam bernetworking terutamanya dalam networking dalam laman sosial FB. Mulakan dulu dalam memberi tak kira lah memberi dari segi perkongsian ilmu, tolong promote FB dia ka, share post dia ka, review produk dia ka, Like atau komen post dia ka tu semua cara nak start networking dalam laman sosial.

Insya Allah tanpa disangka-sangka rezeki lain yang datang walaupun bukan dari orang yg kita mula memberi tu. Seronok sebenarnya memberi ni cuba hampa buat.

Ceq share sikit tentang sahabat ceq ni Anas Pawan Chik. Dia ni setiap hari pasti ada ilmu atau pengajaran yang dia share. Mungkin bagi dia itu biasa tapi bagi ceq ianya bernilai sebab tak semua orang nak share apa yang dia tahu. Tak semua orang nak tengok orang lain berjaya. Bila dah dapat sahabat alam maya macam ni pegang kemaih-kemaih sebab kita tahu NILAI apa yang kita dapat.

Bernetworking lah dengan ikhlas dan utamakan untuk bantu mereka dahulu bukan minta mereka bantu kita dulu. Networking tu bermaksud berSILATURRAHIM.

Friday 1 April 2016

MENANGI SENORITA PANTS BERNILAI RM126

Majalah DARA keluaran April 2016

Dapatkan majalah DARA keluaran April 2016 sebelum terlambat yer. Peluang untuk memenangi 30 helai Senorita Pants hanya dengan menjawab 3 soalan sahaja. Pastikan anda orang yang terawal memiliki Senorita Pants jenama Shiqeen Sattar. Kena pantas tau!

Apa yang bestnya SENORITA PANTS ni?

SENORITA PANTS seindah namanya memberikan impak elegan dan kasual dalam satu masa kepada si pemakai.SENORITA PANTS satu-satunya seluar muslimah yang terdapat di Malaysia dan seanteronya, mempunyai keunikan dari segi potongannya yang longgar dan material yang ringan dan lembut bak sutera menepati ciri-ciri muslimah aktif pada masa kini.

Senorita Pants berpotongan longgar dan selesa


Hanya berkonsepkan 'sarung dan bergaya' SENORITA PANTS telah membantu ramai para muslimah menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit kerana ianya  tidak perlu penjagaan rapi dan tidak perlu digosok. Hasil daripada maklumbalas pembeli seramai 99% amat berpuas hati dan telah jatuh cinta dengan rekaan unik SENORITA PANTS ini.

SENORITA PANTS seluar muslimah No. 1 di Malaysia.

We not sellng the product
We are selling the value


#majalahdara
#majalahdaratemanbaikkamu
#senoritapants
#peraduanmajalahdara
#ShiqeenSattar #senoritapants
#GetTheLook #KBBA9
 #no1asia

PASUKAN AMAL GSL (PAG)

Pelik tetapi benar. Inilah yang berlaku. Hanya bersilaturahim di laman sosial FB kini kami telah menubuhkan Pasukan Amal GSL (Group Support Like). Sukarelawan semuanya terdiri daripada ahli GSL yang diasaskan oleh Khairul Zahrin Abd Karim.
Tujuan kami menubuhkan Pasukan Amal ini supaya dapat memberi kesedaran serta memupuk masyarakat prihatin terutamanya di kalangan pengguna media sosial. Media sosial merupakan platform terbaik untuk mencapai objektif kami.
Semoga kita semua saling bekerjasama untuk mencapai misi yang satu iaitu menambah nilai hidup dan memberi manfaat untuk orang lain.

PAG UPDATES:
Alhamdullillah hari ini pihak PASUKAN AMAL GSL menerima sumbangan sebanyak 500 biji Moist Chocolate Orange Cake daripada foundernya iaitu Puan Intan Nadzli. (sila lihat gambar)


Puan Intan Nadzli founder MCOC dan Tuan Munir sukarelawan PAG

500 biji Moist Chocolate Orange Cake yang akan diedarkan kepada 500 orang anak-anak yatim

Sumbangan ini akan diserahkan kepada wakil ‪#‎kindnessmalaysia‬ untuk diedarkan kepada 500 orang kanak-kanak yatim sempena Perlawanan Futsal Piala Kindness Cup yang bakal berlangsung pada 3hb April 2016.
Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik Puan Intan yang bermurah hati untuk memberi sumbangan. Semoga Puan Intan dilimpahi rezeki dan perniagaan beliau terus maju. AMIIN YA ROBB.
Terima kasih juga kepada wakil sukarelawan PAG iaitu Tuan Munir Ismail yang menyumbang keringat dan tenaga.


Di hadapan Kedai Food Stamps Sdn Bhd milik Puan Intan Nadzli

Nota:
FB Page, IG dan blog PAG masih dikemaskini. Sebarang sumbangan boleh hubungi Bendahari PAG Puan Azlinda Lyienda Shuhana Sallih dan Sha Rareha

Sekian. Terima Kasih.



Thursday 31 March 2016

FORUM PERDANA

MASIHKAH ADA KESEMPATAN?

Tajuk Forum : Masihkah ada kesempatan?

Malam tadi jam 9.00 malam ada LIVE Forum Perdana di TV 1. Ceq pun hadir. Sempena Hari Polis ke 209 Forum Perdana diadakan di Dewan Banquet, Pulapol, KL. Alhamdullillah ramai yang hadir. Atas stage ni saja jer bergambar ambik aura. 

Ceq nak share pasal Forum ni pun tak boleh sebab ceq tak dengaq sepenuhnya maklumlah ceq bertugas bukan duk dalam dewan sepanjang forum berlangsung. Oleh itu ceq share gambaq jer lah. Hehehe...

Selfie bersama ASP Roma

Wajib selfie

Hurmm nak kena kurus lagi ni

Posing jap!

Kehadiran penonton di dalam Dewan

Sekian perkongsian gambaq dari ceq malam ni. Selamat malam semua. Sebelum tidur maafkan semua orang dan semoga anda dapat tidur dengan tenang. Amiin. Assalammualaikum dan Selamat Malam.



Wednesday 30 March 2016

MAN JADDA WA JADDA

Usaha Tangga Kejayaan


[ AKU NAKKKKKKK JUGAKK!!! ]
Setahap mana keinginan hampa semua untuk berjaya? Kejayaan seseorang bergantung kepada tahap keinginan hampa sendiri. Betui-betui nak atau hangat-hangat tahi ayam ja.
Contohi anak-anak kecil. Kalau depa nak depa nangis tak mau mau nih. Sampai dah dapat baru depa diam. Semangat depa kuat. Kalau nak memanjat depa panjat sampai buleh walau jatuh berkali-kali.
Awat depa tak putus asa? Sebab depa tak tau apa makna gagal. Yang depa tau depa nak gak. Kata pi la apa pun ada depa tak kisah yang penting dia dapat apa yang dia nak.
Habis tu hampa awat dalam berniaga nak putus asa. Cuba wat 'dunno' ja apa makna gagal. Set kan minda apa lagi yang boleh kita usaha untuk berjaya. Cari jalan bukan cari alasan.
"Man Jadda Wa Jadda"

Tuesday 29 March 2016

AKTIVITI BERSAMA IBU DAN ANAK


Cun x?

Jangan terkejut tengok wajah ceq yang putih melepak ni. Biasalah sekali sekala buat rawatan wajah di rumah jimat kos habaq hang.

Tak yah nak susah-susah drive dalam jem dan cari parking. Kan jimat masa, tenaga dan wang ringgit.

Inilah bedak sejuk zaman moden hehe. Ceq pakai mask serum vitamin C. Best pakai ni muka rasa fresh dan kulit muka rasa lebih tegang gitew.

Eh ceq bukan nak promote mask ni. Ceq nak bagi tau selain jimat masa, tenaga dan wang ringgit kita pun dapat luangkan masa dengan yang tersayang bila buat treatment muka di rumah. 


Mula-mula suruh mummy yang sapu
 
Si Bambam ni pun sibuk nak pakai mask sendiri


Sekali-sekala apa kata hampa cuba. Seronok tengok anak kita happy kan? Jadikan masa hampa berkualiti apabila bersama anak-anak. Tips nya lakukan aktiviti bersama. Bukan anak main sorang-sorang kita sibuk layan whatsapp. Ahaks ceq pun ada gak macam tu tapi sekarang ni dan kurangkan hidup di alam maya.

So, anak kita nanti ada sesuatu untuk dikenang apabila dia dah semakin membesar. Selalulah libatkan anak-anak dalam segala aktiviti di dalam rumah. Nanti ceq share lagi aktiviti apa selalu ceq buat dengan anak-anak.

Peace Yo!
Inilah hasilnya. tapi masa ni mask belum kering lagi. Bila dah kering baru nampak macam hantu bedak sejuk. Jom share aktiviti apa hampa selalu buat bersama anak-anak hampa? At least kita saling bertukar idea kan?



Comments system

Disqus Shortname